Friday, December 28, 2018

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR

PROGRAM SEKOLAH

Pada 5 Oktober yang lalu, saya dan ahli kumpulan telah pergi ke Sekolah Menengah Yaacob Latif bagi melaksanakan tugasan yang diberikan pensyarah. Namun, setelah sampai ke sana saya berasa sangat teruja kerana perkara ini merupakan kali pertama saya membuat program di sekolah bersama kawan-kawan.

Program ini untuk pelajar-pelajar yang dikatakan mempunyai masalah pengurusan di sekolah. Namun, ketika menjalankan program, saya dapat lihat kerjasama antara pelajar-pelajar ini. Di samping itu, pelajar-pelajar ini sangat seronok dan keinginan hasrat untuk menjadi pelajar yang lebih cemerlang.

Bagi saya, pelajar-pelajar tidak boleh dididik dengan kekerasan kerana mereka akan lebih memberontak.Oleh itu, para bakal guru boleh menggunakan pendekatan sebegini di mana pelajar sering tertarik dengan guru-guru yang mudah untuk mereka komunikasi serta luahkan. Jika mereka sayang akan guru-guru maka mereka tidak akan mengecewakan guru-guru mereka. Oleh itu, kekerasan tidak mampu mengubah mereka untuk menjadi lebih baik namun sebaliknya.

Seterusnya, bakal guru mungkin menggunakan kaedah reward bagi menarik pelajar-pelajar ini. Dengan ini, pelajar-pelajar akan cuba sedaya upaya bagi mendapat reward yang mereka inginkan seperti di kem tersebut. Setiap pelajar akan diberikan sticker bagi menarik minat mereka melakukan kebaikan. Mereka berlumba lumba melakukan kebaikan seperti membaca doa sebelum makan, menjadi imam dan pelabagi lagi.

Kesimpulannya, bakal guru harus bijak dalam menangani pelajar-pelajar yang sebegini. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan membantu pelajar-pelajar ini.



REFLEKSI DIRI

Pada program yang lalu, saya telah mendapati pelbagai impak yang positif ke atas diri saya. Impak yang pertama yang saya dapat lihat ialah keyakinan diri. Selepas program telah dijalankan, saya lebih yakin untuk mengendalikan program. Hal ini kerana saya risau cara saya berkomunikasi dengan pelajar. Namun, selepas program tersebut saya yakin untuk bercakap depan khalayak yang ramai. Saya juga risau jika percakapan saya tidak sesuai dengan pelajar-pelajar itu kerana intonasi suara saya agak tinggi. Tetapi apabila melihat pelajar-pelajar ketawa dan respon kepada saya, saya dapat mengetahui bahawa mereka fokus terhadap saya. Oleh itu, program sebegini mampu menaikkan keyakinan diri dalam diri saya.

Selepas berprogram selama tiga hari dua malam, saya sudah menegetahui cara-cara untuk mengendalikan pelajar dengan baik. Saya juga menggunakan keahiran kaunseling kelompok yang saya telah pelajari pada semester yang lalu. Walaubagaimana pun, saya tahu bahawa program tiga hari dua malam belum tentu membuatkan saya hebat untuk mengendalikan program. Tapi bagi saya, saya masih dalam peringkat pelajaran dan perkara ini merupakan pogram yang pertama saya mengendalikan program. Namun, saya dapat melihat perubahan dalam diri saya apabila perlu menegendalikan program yang kedua bersama Encik Aziz. Hal ini kerana saya amat yakin dan gemibira jika perlu mengendalikan program-program yang akan datang.

Selain daripada itu, penerimaan tanpa syarat yang saya pelajari apabila mengambil jurusan kaunseling ini sangat berkait rapat ketika menjalani program di sekolah pada tempoh hari. Hal ini kerana, saya perlu menerima kenakalan pelajar tersebut. Program ini adalah untuk pelajar yang bermasalah, jadi selama tiga hari dua malam saya belajar untuk menerima mereka. Apabila saya meneroka, saya mendapati punca pelajar-pelajar ini bermasalah bukanlah hanya suka-suka tetapi kerana latar belakang keluarga juga. Sekolah yang saya pergi berprogram merupakan sekolah di kawasan bandar. Oleh itu, isu kasih sayang banyak timbul kerana ibu bapa banyak menghabiskan masa dengan kerja masing-masing hingga tiada masa untuk pelajar-pelajar ini. Saya cuba untuk memhami dan menerima mereka.

Di samping itu, saya juga dapat melihat kerjasama dalam satu berpasukan. Pada hari pertama berprogram, kami kekurangan fasilitator di mana tiga orang fasilitator sahaja yang sampai. Namun begitu, saya sangat gembira kerana perkara tersebut tidak menjadi stau beban kepada saya kerana apabila bekerjasama semua perkara akan menjadi mudah. Selain itu, kami kekurangan fasilitator sepanjang berprogram lalu meminta dua lagi fasilitator luar yang bukan daripada ahli kumpulan kami. Namun begitu, mereka sangat banyak membantu tanpa mengira bahawa itu bukan program mereka atau apa-apa sahaja. Saya dapat melihat mereka sangat ikhlas untuk membantu dan mempelajari sedikit sebanyak daripada program itu.

Namun begitu, terdapat pelbagai perkara lagi yang saya perlu tingkatkan seperti memahami dulu modul dengan betul sebelum menjalani program. Hal ini kerana terdapat modul yang kami jalankan tidak sama dan hanya mengikut logik. Perkara ini juga meninggalkan beberapa kesan negatif seperti kami agak kelam-kabut ketika modul itu diajalankan. Fasilitator perlu berlari ke kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat dari fasilitator yang lain dengan berharap perkara ini dapat diselaraskan. Oleh itu, kami perlu tingkatkan lagi dalam perbincangan modul sebelum program bermula. 


Kami bersama guru-guru kaunseling 


Pengetua memberikan sedikit ucapan kepada pelajar-pelajar


Pelajar-pelajar kelihatan gembira membuat aktiviti


Pelajar-pelajar sedang fokus. huhu


Tak larat fikir ke tuuuuu?


Chaiyokkk!


Muka excited


Bekerjasama dalam membuat cederamata untuk guru
kaunseling sekolah itu

No comments:

Post a Comment