HELLO CARD
Saya dan 5 orang ahli kumpulan yang lain membuat inovasi tentang bagaimana untuk membuat repo dalam sesi kaunseling bersama pelajar. Kami juga mendapat anugerah inovasi terbaik antara kumpulan yang lain. Ia menjadi reward bagi kami kerana sudah bertungkus lumus dalam membuat inovasi ini.
Oleh itu, saya ingin menceritakan sedikit tentang inovasi yang kami membuat. Tajuk inovasi kami ialah Hello Card. Hello Card sama sahaja seperti UNO Card. Permainannya juga sama cuma kami menyediakan papan untuk kemudahan pemain meletakkan kad mereka. Serta kami menambahkan sedikit soalan ke dalam Hello Card ini bagi membuat repo oleh kaunselor kepada kliennya. Kami menggunakan kaedah Model RESPECTFUL iaitu:
- R - Religion
- E - Economic
- S -Sexual identity
- P - Psychological maturity
- E - Ethnic
- C - Chronological challenges
- T - Trauma
- F - Family background
- U - Unique
- L - Languages
Namun, Hello Card ini hanya sesuai dimain oleh kaunseling kelompok sahaja dan tidak sesuai untuk individu. Inidvidu akan meletakan kad bewarna merah atau hijau atau kuning atau merah. Oleh itu, pemain seterusnya perlu mengambil kad soalan mengikut kad warna yang diletakkan oleh kawan mereka. Pemain perlu menjawab dahulu soalan barulah meletakkan kadnya.
KELEBIHAN HELLO CARD
Kelebihan kad ini adalah:
- memudahkan kaunselor untuk meneroka latar belakang klien sebelum membuat sesi.
- menarik minat klien untuk membuat sesi kaunseling kelompok.
- memudahkan klien untuk bercerita tentang latar belakangnya
![]() |
Bersama ahli kumpulan inovasi yang lain |
![]() |
Bersama pensyarah Multicultural Counseling |
![]() |
Test main Hello Card dulu |
Hi cik arifah.. Assalamualaikum.. Saya ada soalan berkaitan model respectful. Harap cik dapat membantu
ReplyDelete